CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 11, 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MSS ZON LAHAD DATU

Pertandingan Bola Keranjang MSS Zon Lahad Datu bermula pada 2 April - 7 April 2009 yang berlangsung di Dewan Tun Musphafa, Lahad Datu.
Pada tahun ini, sebanyak 5 buah sekolah telah menghantar pasukan masing-masing bagi mereput tempat dalam permainan ini. Bagi kategori lelaki, sekolah-sekolah terlibat adalah SM Sains Lahad Datu, SM Cina, SMK St. Dominic, SMK Agasek dan SMK Sepagaya. Bagi kategori perempuan : SM Sains Lahad Datu, SM Cina, SMK St. Dominic dan SMK Agasek.
Pertandingan ini adalah berbentuk liga dan berikut merupakan kedudukan sekolah-sekolah :
Kategori Lelaki : SMK Agaseh, SMK St. Dominic, SM Cina, SM Sains Lahad Datu dan SMK Sepagaya.
Kategori Perempuan : SMK Agasek, SMK St. Dominic, SM Sains Lahad Datu dan SM Cina.

Thursday, April 9, 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG ZON SQL 2009

Berikut adalah kedudukan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Zon SQL dalam Pertandingan Bola Keranjang Kategori Aspura & Aspuri.

Aspura : SMS Kucing, SM Sains Sabah, SM Sains Labuan, SM Sains Lahad Datu dan SM Sains Miri.

Aspuri : SMS Kucing, SM Sains Sabah, SM Sains Lahad Datu, SM Sains Labuan dan SM Sains Miri.

Dengan keputusan tersebut, pada tahun ini sekolah yang mewakili Zon SQL ke Peringkat Kebangsaan adalah SMS Kucing ( Aspura & Aspuri ) dan SM Sains Sabiah ( Aspuri & Aspuri ).

SM Sains Lahad Datu dengan ini, sudah 3 tahun berturut-turut tidak lagi mewakili Zon SQL ke peringkat kebangsaan dimana pada suatu masa dulu 3 tahun mewakili Zon untuk pasukan lelaki.

PERJALANAN KE PULAN LABUAN (SMSL)

1. Pada 27 Mac - 31 Mac 2009 berlangsungnya HKSBP Zon SQL kali ke-36 di SM Sains Labuan, Wilayah Labuan.
2. Kontigen SM Sains Lahad yang terlibat daripada 5 orang guru dan 24 orang murid bertolak pada 26 Mac 2009 dengan bas sekolah bersama dengan 2 orang pemain dan disertai oleh beberapa orang KTBM. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 9 jam, kita tiba di KK pukul 5 lebih dan pengenapan kontigen adalah di 'Api-api apartment' setelah kos pengenapan ditanggung oleh PIBG. Pada sebelah malam pula, kita berkesempatan berjalan dekat 'center point'.
3. Pada keesokan hari, kita mula bertolak dengan awal jam 6.00 pagi ke menumbuk dengan bas sekolah dan perjalanan ini mengambil masa 3 jam. Setelah 10.30 pagi kami menaik feri dekat menumbuk bertolak ke pulan Labuan. Saya sendiri merupakan pertama kali menaik feri dan pengalaman ini tidak akan dilupakan.
4. Kalau tidak silap, kontigen tibu di SM Sains Labuan adalah pada 5.00 petang. Perjalanan dari 26 Mac dan 27 Mac ke Labuan, adalah sangat menyeronok. Nanum, kepenatan juga dirasai oleh kontigen kami.

Thursday, January 8, 2009

Minggu Permulaan Persekolahan

1. Dengan sekelip mata, cuti sekolah 2008 telah pun menjadi sejarah lalu. Apa yang dihadapi kini adalah permulaan Persekolahan tahun 2009.
2. Pada permulaan persekolahan ini menandakan satu azam baru untuk semua anggota SMSLD. Wajar-wajar murid sememangnya kelihatan lebih bersemangat dan ceria. Gurunya pula, mula kelihatan sibuk dengan aktiviti-aktiviti akan diadakan untuk tahun 2009.
3. Aktiviti sekolah iaitu merentas desa akan diadakan pada 17 Jan nanti memulakan aktiviti-aktiviti sekolah lain tahun ini. Murid-murid rumah masing-masing sudah mula melatih dengan mengadakan joging petang-petang supaya dapat memberi mata kepada rumah nanti.
4. Suasana padang sekolah kelihatan lebih ceria petang-petang dengan adanya kumpulan-kumpulan murid bermain di situ. Bola Sepak, Bola Keranjang, Bola Tampar, Badminton, dan yang berjalan-jalan serta bersantai di tepi-tepi padang sekolah kelihatan setiap hari.
5. Beginilah suasana petang sekolah SMSLD selagi hari tidak berhujan!