CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 11, 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MSS ZON LAHAD DATU

Pertandingan Bola Keranjang MSS Zon Lahad Datu bermula pada 2 April - 7 April 2009 yang berlangsung di Dewan Tun Musphafa, Lahad Datu.
Pada tahun ini, sebanyak 5 buah sekolah telah menghantar pasukan masing-masing bagi mereput tempat dalam permainan ini. Bagi kategori lelaki, sekolah-sekolah terlibat adalah SM Sains Lahad Datu, SM Cina, SMK St. Dominic, SMK Agasek dan SMK Sepagaya. Bagi kategori perempuan : SM Sains Lahad Datu, SM Cina, SMK St. Dominic dan SMK Agasek.
Pertandingan ini adalah berbentuk liga dan berikut merupakan kedudukan sekolah-sekolah :
Kategori Lelaki : SMK Agaseh, SMK St. Dominic, SM Cina, SM Sains Lahad Datu dan SMK Sepagaya.
Kategori Perempuan : SMK Agasek, SMK St. Dominic, SM Sains Lahad Datu dan SM Cina.

Thursday, April 9, 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG ZON SQL 2009

Berikut adalah kedudukan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Zon SQL dalam Pertandingan Bola Keranjang Kategori Aspura & Aspuri.

Aspura : SMS Kucing, SM Sains Sabah, SM Sains Labuan, SM Sains Lahad Datu dan SM Sains Miri.

Aspuri : SMS Kucing, SM Sains Sabah, SM Sains Lahad Datu, SM Sains Labuan dan SM Sains Miri.

Dengan keputusan tersebut, pada tahun ini sekolah yang mewakili Zon SQL ke Peringkat Kebangsaan adalah SMS Kucing ( Aspura & Aspuri ) dan SM Sains Sabiah ( Aspuri & Aspuri ).

SM Sains Lahad Datu dengan ini, sudah 3 tahun berturut-turut tidak lagi mewakili Zon SQL ke peringkat kebangsaan dimana pada suatu masa dulu 3 tahun mewakili Zon untuk pasukan lelaki.

PERJALANAN KE PULAN LABUAN (SMSL)

1. Pada 27 Mac - 31 Mac 2009 berlangsungnya HKSBP Zon SQL kali ke-36 di SM Sains Labuan, Wilayah Labuan.
2. Kontigen SM Sains Lahad yang terlibat daripada 5 orang guru dan 24 orang murid bertolak pada 26 Mac 2009 dengan bas sekolah bersama dengan 2 orang pemain dan disertai oleh beberapa orang KTBM. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 9 jam, kita tiba di KK pukul 5 lebih dan pengenapan kontigen adalah di 'Api-api apartment' setelah kos pengenapan ditanggung oleh PIBG. Pada sebelah malam pula, kita berkesempatan berjalan dekat 'center point'.
3. Pada keesokan hari, kita mula bertolak dengan awal jam 6.00 pagi ke menumbuk dengan bas sekolah dan perjalanan ini mengambil masa 3 jam. Setelah 10.30 pagi kami menaik feri dekat menumbuk bertolak ke pulan Labuan. Saya sendiri merupakan pertama kali menaik feri dan pengalaman ini tidak akan dilupakan.
4. Kalau tidak silap, kontigen tibu di SM Sains Labuan adalah pada 5.00 petang. Perjalanan dari 26 Mac dan 27 Mac ke Labuan, adalah sangat menyeronok. Nanum, kepenatan juga dirasai oleh kontigen kami.

Thursday, January 8, 2009

Minggu Permulaan Persekolahan

1. Dengan sekelip mata, cuti sekolah 2008 telah pun menjadi sejarah lalu. Apa yang dihadapi kini adalah permulaan Persekolahan tahun 2009.
2. Pada permulaan persekolahan ini menandakan satu azam baru untuk semua anggota SMSLD. Wajar-wajar murid sememangnya kelihatan lebih bersemangat dan ceria. Gurunya pula, mula kelihatan sibuk dengan aktiviti-aktiviti akan diadakan untuk tahun 2009.
3. Aktiviti sekolah iaitu merentas desa akan diadakan pada 17 Jan nanti memulakan aktiviti-aktiviti sekolah lain tahun ini. Murid-murid rumah masing-masing sudah mula melatih dengan mengadakan joging petang-petang supaya dapat memberi mata kepada rumah nanti.
4. Suasana padang sekolah kelihatan lebih ceria petang-petang dengan adanya kumpulan-kumpulan murid bermain di situ. Bola Sepak, Bola Keranjang, Bola Tampar, Badminton, dan yang berjalan-jalan serta bersantai di tepi-tepi padang sekolah kelihatan setiap hari.
5. Beginilah suasana petang sekolah SMSLD selagi hari tidak berhujan!

Monday, December 1, 2008

CEPATNYA MASA BERLALU

Semua orang akan terasa masa berlalu dengan cepatnya. Tidak lama dulu, kita bersuka ria kerana cuti sekolah akan bermula dan kini percutian sekolah sudah berlalu separuh sudah. Saya rasa pada zaman ini, bukan sahaja kita mengejar kejayaan dalam kehidupan; kita berkerja keras untuk menambah pendapatan kerana mahu membeli rumah besar, kereta yang mewah dan segala pakaian, kasut yang berjenama. Kita bersaing di antara satu sama lain untuk memiliki pangkat, kuasa dan pengaruh yang tinggi dalam masyarakat kita. Pada ketika yang kita sibuk ini, masa juga berkejar dengan cepatnya. Saya rasa bukan sahaja, manusia tahu berkejar di antara satu sama lain. Rupa-rupanya masa juga mahu berkejar dengan kita. Sudah tentu dalam persaingan ini, kita, manusia tidak mungkin dapat bertanding dengan masa. Kita setiasa gagal bersaing dengannya, kita menyesal nanti kerana kita tidak tahu erti kehidupan yang sebenarnya, adakah anda pernah bertanya pada diri anda; Apa sebenarnya erti kehidupan?. Saya rasa jawapannya bagi semua orang erti kehidupan masing-masing adalah berlainan. Namun, kasih sayang adalah keperluan semua insan di permukaan bumi ini. Kasih sayang ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan dan sebagainya begitu penting yang kadang kala kita abaikan. Jadi, kita tidak akan menang berkejar dengan masa untuk tempat pertama tetapi piala yang kita akan dapat di tempat kedua ini adalah sokongan, sorakan dan kasih sayang yang diberikan oleh mereka yang sayang kita. Hargailah orang-orang yang anda sayang. Jauhi dari Dadah! dan segala aktiviti-aktiviti yang membinasakan diri anda dan orang lain. World Piece !!!!

Thursday, November 27, 2008

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN

  1. 27 hb Nov 2008 merupakan hari terakhir bagi murid-murid Tingkatan 5 yang menduduki kertas Peperiksaan SPM iaitu EST. Dari muka-muka murid sudah kelihatan tiada tekanan dan hati senang sahaja kerana yang mereka fikirkan ialah 'Selesai sudah Perjuangan' mereka, lepas ini mereka akan balik ke rumah masing-masing dan tamat sudah sesi 'tinggal di asrama' setelah 5 tahun tidak tinggal bersama ibubapa mereka.
  2. Apa yang paling ketara dirasai ialah mereka selepas ini akan menjadi lebih bebas tanpa kawalan guru-guru, kawalan dari ibubapa perlu dimupuk semula kerana sekian lama mereka berada di asrama kadang-kala susah untuk mengawasi anak-anak zaman sekarang ini. Kebebasan yang dirasai oleh murid-murid menantakan mereka kini sudah menjadi dewasa dan bukan kanak-kanak lagi. Di peringkat inilah banyak perkara-perkara berlaku, mahu yang baik atau yang tidak baik.
  3. Murid-murid sendiri harus bijak memilih kehidupan yang terbaik untuk diri mereka ataupun untuk keluarga mereka. Paling membimbangkan ialah mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif akibat bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.
  4. Pada masa menunggu keputusan SPM adalah lebih baik sekirannya mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti bekerja sambilan supaya mereka mengalami sendiri persekitaran di luar sekolah. Mereka akan berdepan dengan majikan, rakan sekerja dan pelanggan yang pelbagai macam. Dari situ lah, mereka akan merasakan kepentingan 'duit' dan banyak lagi.
  5. Bagi mereka yang tak perlu mencari kerja. Mungkin boleh mengisi masa cuti panjang ini dalam aktiviti menambah ilmu pengetahuan, mereka boleh mengikuti kursus, seminar dan apa-apa program untuk menambah kemahiran supaya boleh bersaing dengan orang lain pada masa akan datang.
  6. Akhir kata, murid-murid sekolah mungkin telah tamat persekolahan di peringkat menengah dan sedang menunggu melanjutkan ke peringkat Universiti. Mereka boleh membelajari banyak kemahiran dalam 'Universiti Masyarakat'.

Thursday, November 20, 2008

KERTAS KIMIA

20 hb Nov 2008 merupakan hari ke-6 peperiksaan SPM. Hari ini juga merupakan peperiksaan kertas kimia. I merupakan guru subjek kimia dan Cikgu Mizal awal-awal sudah datang ke sekolah untuk melihat murid-murid bersiap sedia menduduki kertas tersebut disamping memberi semangat terakhir setelah 2 tahun mengajar murid-murid ini. Kini, tiba masa murid-murid diuji sekali gus gurunya juga diuji atas P&P yang disampaikan selama ini.
Selapas selasai sahaja kertas 1, sudah kelihatan tersenyum ceria murid-murid kelas 5D dan 5M menantakan keyakinan mereka menjawab soalan objektik itu. Bagi murid-murid kelas 5Z pula, mereka enggan memberitahu apa-apa. Tak pa la ! Semoga kertas 2 nanti mereka dapat menjawab dengan lebih yakin dan baik.
Pada tahun ini, ada harapan peningkatan subjek kimia berbanding tahun 2007, semoga harapan ini menjadi kenyataan nanti.