CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 1, 2008

CEPATNYA MASA BERLALU

Semua orang akan terasa masa berlalu dengan cepatnya. Tidak lama dulu, kita bersuka ria kerana cuti sekolah akan bermula dan kini percutian sekolah sudah berlalu separuh sudah. Saya rasa pada zaman ini, bukan sahaja kita mengejar kejayaan dalam kehidupan; kita berkerja keras untuk menambah pendapatan kerana mahu membeli rumah besar, kereta yang mewah dan segala pakaian, kasut yang berjenama. Kita bersaing di antara satu sama lain untuk memiliki pangkat, kuasa dan pengaruh yang tinggi dalam masyarakat kita. Pada ketika yang kita sibuk ini, masa juga berkejar dengan cepatnya. Saya rasa bukan sahaja, manusia tahu berkejar di antara satu sama lain. Rupa-rupanya masa juga mahu berkejar dengan kita. Sudah tentu dalam persaingan ini, kita, manusia tidak mungkin dapat bertanding dengan masa. Kita setiasa gagal bersaing dengannya, kita menyesal nanti kerana kita tidak tahu erti kehidupan yang sebenarnya, adakah anda pernah bertanya pada diri anda; Apa sebenarnya erti kehidupan?. Saya rasa jawapannya bagi semua orang erti kehidupan masing-masing adalah berlainan. Namun, kasih sayang adalah keperluan semua insan di permukaan bumi ini. Kasih sayang ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan dan sebagainya begitu penting yang kadang kala kita abaikan. Jadi, kita tidak akan menang berkejar dengan masa untuk tempat pertama tetapi piala yang kita akan dapat di tempat kedua ini adalah sokongan, sorakan dan kasih sayang yang diberikan oleh mereka yang sayang kita. Hargailah orang-orang yang anda sayang. Jauhi dari Dadah! dan segala aktiviti-aktiviti yang membinasakan diri anda dan orang lain. World Piece !!!!

0 comments: