CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 8, 2009

Minggu Permulaan Persekolahan

1. Dengan sekelip mata, cuti sekolah 2008 telah pun menjadi sejarah lalu. Apa yang dihadapi kini adalah permulaan Persekolahan tahun 2009.
2. Pada permulaan persekolahan ini menandakan satu azam baru untuk semua anggota SMSLD. Wajar-wajar murid sememangnya kelihatan lebih bersemangat dan ceria. Gurunya pula, mula kelihatan sibuk dengan aktiviti-aktiviti akan diadakan untuk tahun 2009.
3. Aktiviti sekolah iaitu merentas desa akan diadakan pada 17 Jan nanti memulakan aktiviti-aktiviti sekolah lain tahun ini. Murid-murid rumah masing-masing sudah mula melatih dengan mengadakan joging petang-petang supaya dapat memberi mata kepada rumah nanti.
4. Suasana padang sekolah kelihatan lebih ceria petang-petang dengan adanya kumpulan-kumpulan murid bermain di situ. Bola Sepak, Bola Keranjang, Bola Tampar, Badminton, dan yang berjalan-jalan serta bersantai di tepi-tepi padang sekolah kelihatan setiap hari.
5. Beginilah suasana petang sekolah SMSLD selagi hari tidak berhujan!

0 comments: