CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 1, 2008

CEPATNYA MASA BERLALU

Semua orang akan terasa masa berlalu dengan cepatnya. Tidak lama dulu, kita bersuka ria kerana cuti sekolah akan bermula dan kini percutian sekolah sudah berlalu separuh sudah. Saya rasa pada zaman ini, bukan sahaja kita mengejar kejayaan dalam kehidupan; kita berkerja keras untuk menambah pendapatan kerana mahu membeli rumah besar, kereta yang mewah dan segala pakaian, kasut yang berjenama. Kita bersaing di antara satu sama lain untuk memiliki pangkat, kuasa dan pengaruh yang tinggi dalam masyarakat kita. Pada ketika yang kita sibuk ini, masa juga berkejar dengan cepatnya. Saya rasa bukan sahaja, manusia tahu berkejar di antara satu sama lain. Rupa-rupanya masa juga mahu berkejar dengan kita. Sudah tentu dalam persaingan ini, kita, manusia tidak mungkin dapat bertanding dengan masa. Kita setiasa gagal bersaing dengannya, kita menyesal nanti kerana kita tidak tahu erti kehidupan yang sebenarnya, adakah anda pernah bertanya pada diri anda; Apa sebenarnya erti kehidupan?. Saya rasa jawapannya bagi semua orang erti kehidupan masing-masing adalah berlainan. Namun, kasih sayang adalah keperluan semua insan di permukaan bumi ini. Kasih sayang ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan dan sebagainya begitu penting yang kadang kala kita abaikan. Jadi, kita tidak akan menang berkejar dengan masa untuk tempat pertama tetapi piala yang kita akan dapat di tempat kedua ini adalah sokongan, sorakan dan kasih sayang yang diberikan oleh mereka yang sayang kita. Hargailah orang-orang yang anda sayang. Jauhi dari Dadah! dan segala aktiviti-aktiviti yang membinasakan diri anda dan orang lain. World Piece !!!!

Thursday, November 27, 2008

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN

  1. 27 hb Nov 2008 merupakan hari terakhir bagi murid-murid Tingkatan 5 yang menduduki kertas Peperiksaan SPM iaitu EST. Dari muka-muka murid sudah kelihatan tiada tekanan dan hati senang sahaja kerana yang mereka fikirkan ialah 'Selesai sudah Perjuangan' mereka, lepas ini mereka akan balik ke rumah masing-masing dan tamat sudah sesi 'tinggal di asrama' setelah 5 tahun tidak tinggal bersama ibubapa mereka.
  2. Apa yang paling ketara dirasai ialah mereka selepas ini akan menjadi lebih bebas tanpa kawalan guru-guru, kawalan dari ibubapa perlu dimupuk semula kerana sekian lama mereka berada di asrama kadang-kala susah untuk mengawasi anak-anak zaman sekarang ini. Kebebasan yang dirasai oleh murid-murid menantakan mereka kini sudah menjadi dewasa dan bukan kanak-kanak lagi. Di peringkat inilah banyak perkara-perkara berlaku, mahu yang baik atau yang tidak baik.
  3. Murid-murid sendiri harus bijak memilih kehidupan yang terbaik untuk diri mereka ataupun untuk keluarga mereka. Paling membimbangkan ialah mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif akibat bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.
  4. Pada masa menunggu keputusan SPM adalah lebih baik sekirannya mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti bekerja sambilan supaya mereka mengalami sendiri persekitaran di luar sekolah. Mereka akan berdepan dengan majikan, rakan sekerja dan pelanggan yang pelbagai macam. Dari situ lah, mereka akan merasakan kepentingan 'duit' dan banyak lagi.
  5. Bagi mereka yang tak perlu mencari kerja. Mungkin boleh mengisi masa cuti panjang ini dalam aktiviti menambah ilmu pengetahuan, mereka boleh mengikuti kursus, seminar dan apa-apa program untuk menambah kemahiran supaya boleh bersaing dengan orang lain pada masa akan datang.
  6. Akhir kata, murid-murid sekolah mungkin telah tamat persekolahan di peringkat menengah dan sedang menunggu melanjutkan ke peringkat Universiti. Mereka boleh membelajari banyak kemahiran dalam 'Universiti Masyarakat'.

Thursday, November 20, 2008

KERTAS KIMIA

20 hb Nov 2008 merupakan hari ke-6 peperiksaan SPM. Hari ini juga merupakan peperiksaan kertas kimia. I merupakan guru subjek kimia dan Cikgu Mizal awal-awal sudah datang ke sekolah untuk melihat murid-murid bersiap sedia menduduki kertas tersebut disamping memberi semangat terakhir setelah 2 tahun mengajar murid-murid ini. Kini, tiba masa murid-murid diuji sekali gus gurunya juga diuji atas P&P yang disampaikan selama ini.
Selapas selasai sahaja kertas 1, sudah kelihatan tersenyum ceria murid-murid kelas 5D dan 5M menantakan keyakinan mereka menjawab soalan objektik itu. Bagi murid-murid kelas 5Z pula, mereka enggan memberitahu apa-apa. Tak pa la ! Semoga kertas 2 nanti mereka dapat menjawab dengan lebih yakin dan baik.
Pada tahun ini, ada harapan peningkatan subjek kimia berbanding tahun 2007, semoga harapan ini menjadi kenyataan nanti.

Thursday, November 13, 2008

PERSIAPAN UNTUK BERCUTI !!

"Tinggal 2 hari lagi untuk cuti sekolah" beginilah pemikiran setiap murid-murid Sekolah Menengah Sains Lahad Datu menunggu masa cuti. Murid-murid SMSLD ini begitu istiwema dimana rakan-rakan mereka di sekolah lain sudah pun bermula cuti sekolah kerana berlangsungnya peperiksaan SPM minggu ini.
Bagi murid-murid sekolah ini. Sepanjang minggu ini, tumpuan pembelajaran mula tidak terkawal di mana 'homesick' semangkin ketara dimainkan di kepala mereka.
Pada hari ini, kebanyakan murid-murid diminta melengkapkan buku kokurikulum. Sepanjang persekolahan murid-murid kesibukan untuk mencari guru-guru penasihat untuk menandatangani buku mereka. Jika tidak lengkap, dendaan ialah balik lewat nanti !
Keadaan yang lebih kurang sama juga berlaku kepada guru-guru. Setelah satu tahun lamanya meninggalkan ibubapa, suami dan isteri tiba masa untuk temu kembali. Guru-guru kelihatan ceria kerana tidak lama lagi mereka akan balik ke kampung halaman bersama orang tersayang.
Ada yang lebih bermakna lagi kerana balik berkahwin untuk mengakhiri zaman bujangnya. Dengan itu, 'Kelab Bujang SMSLD' guru-guru kehilangan anggota lagi!
Selamat bercuti untuk semua warga SMSLD !

Tuesday, November 11, 2008

Hari Pertama Peperiksaan SPM

Hari ini tidak ada apa yang istimewa kepada kebanyakan orang:

a. mereka yang 'bayi' tiada yang lebih penting daripada minum susu dan tidur.

b. mereka yang 'kanak-kanak' tiada yang lebih penting selepas makan pagi, pergi bermain layang-layang, berkejar-kejaran, menonton rancangan cartoon dan memain PS2.

c. mereka yang 'remaja' tiada yang lebih penting melayani internet dan bersukaria dengan sahabat di pusat belian.

d. mereka yang 'dewasa' tiada yang lebih penting menyiapkan kerja yang boss telah berkali-kali bertanya tentang bila boleh diutarakan kepadanya.

e. mereka yang 'tua' tiada yang lebih penting selepas makan berehat sudah 2 atau 3 jam.

Tetapi kepada mereka yang menghadapi Peperiksaan Awan SPM pada hari ini pula, usaha selama 2 tahun akan diuji oleh soalan-soalan yang disediakan oleh 'mereka' yang mengatakan masa depan murid-murid ditentukan dalam ujian tersebut.

Sudah pasti, hati berdebar-debar kepada mereka yang mengambil berat tentang hala tuju dan masa depan mereka kerana selepas ini, di antara mereka ada yang akan jadi Jurutera, Doctor, Usahawan, Peguam, Pensyarah dan banyak lagi yang berkolar putih.

Kepada mereka yang selalu lalai pula, peperiksaan ini semata-mata satu dendaan yang meminta mereka menghadapi sesuatu yang mereka tidak sukai. Tapi nasihat yang ingin disampaikan ialah, jika selama 2 tahun anda menjadi lalai, apa salah jika anda bertanda lagi 2 atau 3 minggu lagi. Pertahanan ini mungkin akan mengubah hidup anda, kesan-kesan ini hanya dapat dilihat selepas 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun akan datang.

Semoga mereka yang bersedia atau yang belum bersedia, Selamat menduduki Peperisaan SPM ini kerana kita semua akan menghadapinya.

Friday, November 7, 2008

HARI CGT 2008

Pada 7 Nov 2008 (Jumaat) akan berlangsungnya Hari CGT Sekolah Menengah Sains Lahad Datu 2008. Bermula dari minggu itu lagi, guru-guru dan murid-murid sudah kesibukan dalam pensiapan majlis itu.
Majlis CGT akan bermula 6.45 pm malam tersebut, di antara aktiviti yang ada pada majlis itu seperti Pertandingan Nyanyian antara rumah, Persembahan guru-guru dan Cabutan bertuah. Kemuncak Hari tersebut adalah Penyampaian Anugerah. Majlis dijangkakan akan bersurai pada 10.20 pm.
Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para murid yang menerima Anugerah CGT malam itu dan tahniah kepada mereka yang menerima hadiah cabutan bertuah!!!

Thursday, November 6, 2008

JAMUAN AKHIR TAHUN RUMAH MAGNESIUM

Pada 5 hb NOV 2008 (Rabu), 8.00 pm berlangsungnya Majlis Jamuan Akhir Tahun Rumah Magnesium yang diadakan di Dewan Makan Sekolah. Majlis tersebut disertai oleh semua ahli rumah yang terdiri daripada 134 orang murid dan 13 orang guru tersebut Pengetua dan PK HEM.

Dalam Majlis tersebut yang dikendalikan oleh murid-murid tingkatan 4 telah menyediakan banyak aktiviti yang menarik seperti Karaoke, Kotak Racun, Caburan Bertuah, dan Sesi bergambar.

Dalam aktiviti Karaoke, murid-murid dan para guru telah menunjukkan bakar masing-masing dalam nyayian dan beberapa orang guru telah mendapat tapukan oleh murid-murid, antaranya seperti En. Shafian Bin Ishak (PK HEM), En. Riduan Amirbek dan En. Hamad Karuding.

Majlis tersebut disempurnakan lagi oleh penyampaian cederahati kepada AJK Rumah Magnesium, guru-guru rumah dan Ketua rumah serta Penolong Ketua rumah bagi mengingati jasa mereka sepanjang tahun 2008.

Majlis berakhir pada 10.30 pm setelah sesi bergambar selesai dilaksanakan.

Tuesday, November 4, 2008

2 Orang Pemburu

Petikan dari buku :

Pada satu hari, ada dua orang rakan pemburu masuk ke hutan untuk memburu binatang. Masing-masing telah membuat persediaan sepenuhnya untuk aktiviti kegemaran mereka tu.
Tetapi tidak disangkakan dengan tiba-tiba muncul seekor beruang yang ganas. Pada saat cemas dan genting itu, pemburu A melihat pemburu B sedang tunduk untuk mengikat lali kasutnya. Pemburu A pun berasa hairan dan bertanya, "Apa guna ikat kasut pada saat-saat genting ini, beruang tersebut dapat kejar kita juga ! " Dengan tenang, Pemburu B memandang pemburu A dan mengatakan, "Memang kita tidak akan lari lebih laju dari beruang tersebut, saya ikat kasut ini supaya lari lebih laju daripada kamu je!!". Pemburu A tidak berkata apa-apa.

Rusa & Harimau

Teks ini dipetik dari sebuah buku :

Di padang Afrika, ada dua jenis haiwan iaitu Harimau dan Rusa Afrika yang hidup saling mempengaruhi daripada satu sama lain. Dalam kedua-dua haiwan tersebut, secara semula jadi masing-masing mempunyai harapan dan matlamat untuk hidup berjaya di padang Afrika.

Anak-anak Rusa Afrika ini selepas dilahirkan sahaja, mereka tahu bahawa mereka perlu berlari dengan lebih laju daripada harimau yang paling pantas supaya tidak menjadi mangsa harimau.

Manakala Harimau pula, anak-anak harimau tahu juga, mereka perlu berlari dengan lebih pantas daripada rusa-rusa yang paling lambat supaya mendapat makanan.

Mereka yang tidak cukup pantas daripada pemangsa mereka akan menjadi mangsa. Manakala pemangsa yang lambat akan menjadi lapan. Keadaan inilah yang berlaku setiap hari di padang Afrika.

Monday, November 3, 2008

Motivasi

Motivasi seseorang boleh ditingkatkan oleh Pengaruh luaran dan dalaman seseorang. Pengaruh gajaran iaitu pengaruh luaran adalah pengerak yang utama iaitu seperti hadiah wang dan sebagainya. Manakala pengaruh dalaman seperti keperluan pujian dan perhargaan seseorang jaga memainkan peranan yang penting. Motivasi dapat dipengaruhi serta-merta oleh pengaruh gajaran kerana ia lebih realitis dan langsung.

Friday, October 31, 2008

Kursus Pembinaan Blog untuk Staff SMSLD

Pada 31 hb October 2008 telah berlangsungnya Kursus Pembinaan Blog untuk guru-guru, KTBM dan beberapa orang murid yang mana kursus kali pertama yang dirancang pada 18 hb October 2008 yang diadakan di sebuah Hotel di Lahad Datu gagal dilaksanakan kerana kekurangan kemudahan 'Wireless'.

Pada 31 hb Oct tersebut, kursus bermula pada 7.30 am yang dikendalikan oleh dua orang guru iaitu : Cik. Nor Hafeza Bt Ezzadin dan Pn. Norain Bt Mohd Mazlan.

Pada pendapat saya, kursus tersebut sangat baik diadakan untuk staff kerana ia dapat melatih dan meningkatkan potensi seseorang guru, KTBT ataupun seorang murid.

Berikut adalah hasilnya tidak seberapa yang dapat dihasilkan semasa kursus tersebut.

Adakah pencapaian murid dipengaruhi oleh disiplin murid?

Persoalan ini sudah telah lama dikaji dan didebatkan. Pada pendapat saya, saya menyokong sepenuhnya pencapaian murid sememangnya dipengaruhi oleh disiplin seorang murid. Sejarah telah menunjukkan mereka yang berjaya terdiri daripada meraka yang mempunyai presionaliti yang baik dan positik. Mungkin di antara menyatakan ada juga segelintir orang yang berjaya mempunyai presionaliti yang sebaliknya. Seperti Hitler... Tapi bagi saya beliau juga orang yang mempunyai presionaliti yang positik bagi golongan beliau.

Media berbincangan hal-hal P&P...


Berikut merupakan media yang ingin disediakan untuk berbincangan guru-guru tentang P&P. Agar sama-sama mendapat idea, pandangan dan pengalaman untuk dikongsi.