CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 27, 2008

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN

  1. 27 hb Nov 2008 merupakan hari terakhir bagi murid-murid Tingkatan 5 yang menduduki kertas Peperiksaan SPM iaitu EST. Dari muka-muka murid sudah kelihatan tiada tekanan dan hati senang sahaja kerana yang mereka fikirkan ialah 'Selesai sudah Perjuangan' mereka, lepas ini mereka akan balik ke rumah masing-masing dan tamat sudah sesi 'tinggal di asrama' setelah 5 tahun tidak tinggal bersama ibubapa mereka.
  2. Apa yang paling ketara dirasai ialah mereka selepas ini akan menjadi lebih bebas tanpa kawalan guru-guru, kawalan dari ibubapa perlu dimupuk semula kerana sekian lama mereka berada di asrama kadang-kala susah untuk mengawasi anak-anak zaman sekarang ini. Kebebasan yang dirasai oleh murid-murid menantakan mereka kini sudah menjadi dewasa dan bukan kanak-kanak lagi. Di peringkat inilah banyak perkara-perkara berlaku, mahu yang baik atau yang tidak baik.
  3. Murid-murid sendiri harus bijak memilih kehidupan yang terbaik untuk diri mereka ataupun untuk keluarga mereka. Paling membimbangkan ialah mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif akibat bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.
  4. Pada masa menunggu keputusan SPM adalah lebih baik sekirannya mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti bekerja sambilan supaya mereka mengalami sendiri persekitaran di luar sekolah. Mereka akan berdepan dengan majikan, rakan sekerja dan pelanggan yang pelbagai macam. Dari situ lah, mereka akan merasakan kepentingan 'duit' dan banyak lagi.
  5. Bagi mereka yang tak perlu mencari kerja. Mungkin boleh mengisi masa cuti panjang ini dalam aktiviti menambah ilmu pengetahuan, mereka boleh mengikuti kursus, seminar dan apa-apa program untuk menambah kemahiran supaya boleh bersaing dengan orang lain pada masa akan datang.
  6. Akhir kata, murid-murid sekolah mungkin telah tamat persekolahan di peringkat menengah dan sedang menunggu melanjutkan ke peringkat Universiti. Mereka boleh membelajari banyak kemahiran dalam 'Universiti Masyarakat'.

0 comments: