CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 13, 2008

PERSIAPAN UNTUK BERCUTI !!

"Tinggal 2 hari lagi untuk cuti sekolah" beginilah pemikiran setiap murid-murid Sekolah Menengah Sains Lahad Datu menunggu masa cuti. Murid-murid SMSLD ini begitu istiwema dimana rakan-rakan mereka di sekolah lain sudah pun bermula cuti sekolah kerana berlangsungnya peperiksaan SPM minggu ini.
Bagi murid-murid sekolah ini. Sepanjang minggu ini, tumpuan pembelajaran mula tidak terkawal di mana 'homesick' semangkin ketara dimainkan di kepala mereka.
Pada hari ini, kebanyakan murid-murid diminta melengkapkan buku kokurikulum. Sepanjang persekolahan murid-murid kesibukan untuk mencari guru-guru penasihat untuk menandatangani buku mereka. Jika tidak lengkap, dendaan ialah balik lewat nanti !
Keadaan yang lebih kurang sama juga berlaku kepada guru-guru. Setelah satu tahun lamanya meninggalkan ibubapa, suami dan isteri tiba masa untuk temu kembali. Guru-guru kelihatan ceria kerana tidak lama lagi mereka akan balik ke kampung halaman bersama orang tersayang.
Ada yang lebih bermakna lagi kerana balik berkahwin untuk mengakhiri zaman bujangnya. Dengan itu, 'Kelab Bujang SMSLD' guru-guru kehilangan anggota lagi!
Selamat bercuti untuk semua warga SMSLD !

0 comments: