CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 11, 2008

Hari Pertama Peperiksaan SPM

Hari ini tidak ada apa yang istimewa kepada kebanyakan orang:

a. mereka yang 'bayi' tiada yang lebih penting daripada minum susu dan tidur.

b. mereka yang 'kanak-kanak' tiada yang lebih penting selepas makan pagi, pergi bermain layang-layang, berkejar-kejaran, menonton rancangan cartoon dan memain PS2.

c. mereka yang 'remaja' tiada yang lebih penting melayani internet dan bersukaria dengan sahabat di pusat belian.

d. mereka yang 'dewasa' tiada yang lebih penting menyiapkan kerja yang boss telah berkali-kali bertanya tentang bila boleh diutarakan kepadanya.

e. mereka yang 'tua' tiada yang lebih penting selepas makan berehat sudah 2 atau 3 jam.

Tetapi kepada mereka yang menghadapi Peperiksaan Awan SPM pada hari ini pula, usaha selama 2 tahun akan diuji oleh soalan-soalan yang disediakan oleh 'mereka' yang mengatakan masa depan murid-murid ditentukan dalam ujian tersebut.

Sudah pasti, hati berdebar-debar kepada mereka yang mengambil berat tentang hala tuju dan masa depan mereka kerana selepas ini, di antara mereka ada yang akan jadi Jurutera, Doctor, Usahawan, Peguam, Pensyarah dan banyak lagi yang berkolar putih.

Kepada mereka yang selalu lalai pula, peperiksaan ini semata-mata satu dendaan yang meminta mereka menghadapi sesuatu yang mereka tidak sukai. Tapi nasihat yang ingin disampaikan ialah, jika selama 2 tahun anda menjadi lalai, apa salah jika anda bertanda lagi 2 atau 3 minggu lagi. Pertahanan ini mungkin akan mengubah hidup anda, kesan-kesan ini hanya dapat dilihat selepas 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun akan datang.

Semoga mereka yang bersedia atau yang belum bersedia, Selamat menduduki Peperisaan SPM ini kerana kita semua akan menghadapinya.

0 comments: