CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 4, 2008

Rusa & Harimau

Teks ini dipetik dari sebuah buku :

Di padang Afrika, ada dua jenis haiwan iaitu Harimau dan Rusa Afrika yang hidup saling mempengaruhi daripada satu sama lain. Dalam kedua-dua haiwan tersebut, secara semula jadi masing-masing mempunyai harapan dan matlamat untuk hidup berjaya di padang Afrika.

Anak-anak Rusa Afrika ini selepas dilahirkan sahaja, mereka tahu bahawa mereka perlu berlari dengan lebih laju daripada harimau yang paling pantas supaya tidak menjadi mangsa harimau.

Manakala Harimau pula, anak-anak harimau tahu juga, mereka perlu berlari dengan lebih pantas daripada rusa-rusa yang paling lambat supaya mendapat makanan.

Mereka yang tidak cukup pantas daripada pemangsa mereka akan menjadi mangsa. Manakala pemangsa yang lambat akan menjadi lapan. Keadaan inilah yang berlaku setiap hari di padang Afrika.

0 comments: