Saturday, April 11, 2009
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MSS ZON LAHAD DATU
Posted by Samatia at 12:07 PM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG ZON SQL 2009
Berikut adalah kedudukan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Zon SQL dalam Pertandingan Bola Keranjang Kategori Aspura & Aspuri.
Aspura : SMS Kucing, SM Sains Sabah, SM Sains Labuan, SM Sains Lahad Datu dan SM Sains Miri.
Aspuri : SMS Kucing, SM Sains Sabah, SM Sains Lahad Datu, SM Sains Labuan dan SM Sains Miri.
Dengan keputusan tersebut, pada tahun ini sekolah yang mewakili Zon SQL ke Peringkat Kebangsaan adalah SMS Kucing ( Aspura & Aspuri ) dan SM Sains Sabiah ( Aspuri & Aspuri ).
SM Sains Lahad Datu dengan ini, sudah 3 tahun berturut-turut tidak lagi mewakili Zon SQL ke peringkat kebangsaan dimana pada suatu masa dulu 3 tahun mewakili Zon untuk pasukan lelaki.
Posted by Samatia at 11:56 AM 1 comments
PERJALANAN KE PULAN LABUAN (SMSL)
2. Kontigen SM Sains Lahad yang terlibat daripada 5 orang guru dan 24 orang murid bertolak pada 26 Mac 2009 dengan bas sekolah bersama dengan 2 orang pemain dan disertai oleh beberapa orang KTBM. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 9 jam, kita tiba di KK pukul 5 lebih dan pengenapan kontigen adalah di 'Api-api apartment' setelah kos pengenapan ditanggung oleh PIBG. Pada sebelah malam pula, kita berkesempatan berjalan dekat 'center point'.
Posted by Samatia at 11:33 AM 0 comments
Thursday, January 8, 2009
Minggu Permulaan Persekolahan
Posted by Samatia at 9:04 AM 0 comments
Monday, December 1, 2008
CEPATNYA MASA BERLALU
Posted by Samatia at 11:34 AM 0 comments
Thursday, November 27, 2008
HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN
- 27 hb Nov 2008 merupakan hari terakhir bagi murid-murid Tingkatan 5 yang menduduki kertas Peperiksaan SPM iaitu EST. Dari muka-muka murid sudah kelihatan tiada tekanan dan hati senang sahaja kerana yang mereka fikirkan ialah 'Selesai sudah Perjuangan' mereka, lepas ini mereka akan balik ke rumah masing-masing dan tamat sudah sesi 'tinggal di asrama' setelah 5 tahun tidak tinggal bersama ibubapa mereka.
- Apa yang paling ketara dirasai ialah mereka selepas ini akan menjadi lebih bebas tanpa kawalan guru-guru, kawalan dari ibubapa perlu dimupuk semula kerana sekian lama mereka berada di asrama kadang-kala susah untuk mengawasi anak-anak zaman sekarang ini. Kebebasan yang dirasai oleh murid-murid menantakan mereka kini sudah menjadi dewasa dan bukan kanak-kanak lagi. Di peringkat inilah banyak perkara-perkara berlaku, mahu yang baik atau yang tidak baik.
- Murid-murid sendiri harus bijak memilih kehidupan yang terbaik untuk diri mereka ataupun untuk keluarga mereka. Paling membimbangkan ialah mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif akibat bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.
- Pada masa menunggu keputusan SPM adalah lebih baik sekirannya mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti bekerja sambilan supaya mereka mengalami sendiri persekitaran di luar sekolah. Mereka akan berdepan dengan majikan, rakan sekerja dan pelanggan yang pelbagai macam. Dari situ lah, mereka akan merasakan kepentingan 'duit' dan banyak lagi.
- Bagi mereka yang tak perlu mencari kerja. Mungkin boleh mengisi masa cuti panjang ini dalam aktiviti menambah ilmu pengetahuan, mereka boleh mengikuti kursus, seminar dan apa-apa program untuk menambah kemahiran supaya boleh bersaing dengan orang lain pada masa akan datang.
- Akhir kata, murid-murid sekolah mungkin telah tamat persekolahan di peringkat menengah dan sedang menunggu melanjutkan ke peringkat Universiti. Mereka boleh membelajari banyak kemahiran dalam 'Universiti Masyarakat'.
Posted by Samatia at 11:27 AM 0 comments
Thursday, November 20, 2008
KERTAS KIMIA
Posted by Samatia at 10:43 AM 0 comments