CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 13, 2008

PERSIAPAN UNTUK BERCUTI !!

"Tinggal 2 hari lagi untuk cuti sekolah" beginilah pemikiran setiap murid-murid Sekolah Menengah Sains Lahad Datu menunggu masa cuti. Murid-murid SMSLD ini begitu istiwema dimana rakan-rakan mereka di sekolah lain sudah pun bermula cuti sekolah kerana berlangsungnya peperiksaan SPM minggu ini.
Bagi murid-murid sekolah ini. Sepanjang minggu ini, tumpuan pembelajaran mula tidak terkawal di mana 'homesick' semangkin ketara dimainkan di kepala mereka.
Pada hari ini, kebanyakan murid-murid diminta melengkapkan buku kokurikulum. Sepanjang persekolahan murid-murid kesibukan untuk mencari guru-guru penasihat untuk menandatangani buku mereka. Jika tidak lengkap, dendaan ialah balik lewat nanti !
Keadaan yang lebih kurang sama juga berlaku kepada guru-guru. Setelah satu tahun lamanya meninggalkan ibubapa, suami dan isteri tiba masa untuk temu kembali. Guru-guru kelihatan ceria kerana tidak lama lagi mereka akan balik ke kampung halaman bersama orang tersayang.
Ada yang lebih bermakna lagi kerana balik berkahwin untuk mengakhiri zaman bujangnya. Dengan itu, 'Kelab Bujang SMSLD' guru-guru kehilangan anggota lagi!
Selamat bercuti untuk semua warga SMSLD !

Tuesday, November 11, 2008

Hari Pertama Peperiksaan SPM

Hari ini tidak ada apa yang istimewa kepada kebanyakan orang:

a. mereka yang 'bayi' tiada yang lebih penting daripada minum susu dan tidur.

b. mereka yang 'kanak-kanak' tiada yang lebih penting selepas makan pagi, pergi bermain layang-layang, berkejar-kejaran, menonton rancangan cartoon dan memain PS2.

c. mereka yang 'remaja' tiada yang lebih penting melayani internet dan bersukaria dengan sahabat di pusat belian.

d. mereka yang 'dewasa' tiada yang lebih penting menyiapkan kerja yang boss telah berkali-kali bertanya tentang bila boleh diutarakan kepadanya.

e. mereka yang 'tua' tiada yang lebih penting selepas makan berehat sudah 2 atau 3 jam.

Tetapi kepada mereka yang menghadapi Peperiksaan Awan SPM pada hari ini pula, usaha selama 2 tahun akan diuji oleh soalan-soalan yang disediakan oleh 'mereka' yang mengatakan masa depan murid-murid ditentukan dalam ujian tersebut.

Sudah pasti, hati berdebar-debar kepada mereka yang mengambil berat tentang hala tuju dan masa depan mereka kerana selepas ini, di antara mereka ada yang akan jadi Jurutera, Doctor, Usahawan, Peguam, Pensyarah dan banyak lagi yang berkolar putih.

Kepada mereka yang selalu lalai pula, peperiksaan ini semata-mata satu dendaan yang meminta mereka menghadapi sesuatu yang mereka tidak sukai. Tapi nasihat yang ingin disampaikan ialah, jika selama 2 tahun anda menjadi lalai, apa salah jika anda bertanda lagi 2 atau 3 minggu lagi. Pertahanan ini mungkin akan mengubah hidup anda, kesan-kesan ini hanya dapat dilihat selepas 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun akan datang.

Semoga mereka yang bersedia atau yang belum bersedia, Selamat menduduki Peperisaan SPM ini kerana kita semua akan menghadapinya.

Friday, November 7, 2008

HARI CGT 2008

Pada 7 Nov 2008 (Jumaat) akan berlangsungnya Hari CGT Sekolah Menengah Sains Lahad Datu 2008. Bermula dari minggu itu lagi, guru-guru dan murid-murid sudah kesibukan dalam pensiapan majlis itu.
Majlis CGT akan bermula 6.45 pm malam tersebut, di antara aktiviti yang ada pada majlis itu seperti Pertandingan Nyanyian antara rumah, Persembahan guru-guru dan Cabutan bertuah. Kemuncak Hari tersebut adalah Penyampaian Anugerah. Majlis dijangkakan akan bersurai pada 10.20 pm.
Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para murid yang menerima Anugerah CGT malam itu dan tahniah kepada mereka yang menerima hadiah cabutan bertuah!!!

Thursday, November 6, 2008

JAMUAN AKHIR TAHUN RUMAH MAGNESIUM

Pada 5 hb NOV 2008 (Rabu), 8.00 pm berlangsungnya Majlis Jamuan Akhir Tahun Rumah Magnesium yang diadakan di Dewan Makan Sekolah. Majlis tersebut disertai oleh semua ahli rumah yang terdiri daripada 134 orang murid dan 13 orang guru tersebut Pengetua dan PK HEM.

Dalam Majlis tersebut yang dikendalikan oleh murid-murid tingkatan 4 telah menyediakan banyak aktiviti yang menarik seperti Karaoke, Kotak Racun, Caburan Bertuah, dan Sesi bergambar.

Dalam aktiviti Karaoke, murid-murid dan para guru telah menunjukkan bakar masing-masing dalam nyayian dan beberapa orang guru telah mendapat tapukan oleh murid-murid, antaranya seperti En. Shafian Bin Ishak (PK HEM), En. Riduan Amirbek dan En. Hamad Karuding.

Majlis tersebut disempurnakan lagi oleh penyampaian cederahati kepada AJK Rumah Magnesium, guru-guru rumah dan Ketua rumah serta Penolong Ketua rumah bagi mengingati jasa mereka sepanjang tahun 2008.

Majlis berakhir pada 10.30 pm setelah sesi bergambar selesai dilaksanakan.

Tuesday, November 4, 2008

2 Orang Pemburu

Petikan dari buku :

Pada satu hari, ada dua orang rakan pemburu masuk ke hutan untuk memburu binatang. Masing-masing telah membuat persediaan sepenuhnya untuk aktiviti kegemaran mereka tu.
Tetapi tidak disangkakan dengan tiba-tiba muncul seekor beruang yang ganas. Pada saat cemas dan genting itu, pemburu A melihat pemburu B sedang tunduk untuk mengikat lali kasutnya. Pemburu A pun berasa hairan dan bertanya, "Apa guna ikat kasut pada saat-saat genting ini, beruang tersebut dapat kejar kita juga ! " Dengan tenang, Pemburu B memandang pemburu A dan mengatakan, "Memang kita tidak akan lari lebih laju dari beruang tersebut, saya ikat kasut ini supaya lari lebih laju daripada kamu je!!". Pemburu A tidak berkata apa-apa.

Rusa & Harimau

Teks ini dipetik dari sebuah buku :

Di padang Afrika, ada dua jenis haiwan iaitu Harimau dan Rusa Afrika yang hidup saling mempengaruhi daripada satu sama lain. Dalam kedua-dua haiwan tersebut, secara semula jadi masing-masing mempunyai harapan dan matlamat untuk hidup berjaya di padang Afrika.

Anak-anak Rusa Afrika ini selepas dilahirkan sahaja, mereka tahu bahawa mereka perlu berlari dengan lebih laju daripada harimau yang paling pantas supaya tidak menjadi mangsa harimau.

Manakala Harimau pula, anak-anak harimau tahu juga, mereka perlu berlari dengan lebih pantas daripada rusa-rusa yang paling lambat supaya mendapat makanan.

Mereka yang tidak cukup pantas daripada pemangsa mereka akan menjadi mangsa. Manakala pemangsa yang lambat akan menjadi lapan. Keadaan inilah yang berlaku setiap hari di padang Afrika.

Monday, November 3, 2008

Motivasi

Motivasi seseorang boleh ditingkatkan oleh Pengaruh luaran dan dalaman seseorang. Pengaruh gajaran iaitu pengaruh luaran adalah pengerak yang utama iaitu seperti hadiah wang dan sebagainya. Manakala pengaruh dalaman seperti keperluan pujian dan perhargaan seseorang jaga memainkan peranan yang penting. Motivasi dapat dipengaruhi serta-merta oleh pengaruh gajaran kerana ia lebih realitis dan langsung.