Monday, December 1, 2008
CEPATNYA MASA BERLALU
Posted by Samatia at 11:34 AM 0 comments
Thursday, November 27, 2008
HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN
- 27 hb Nov 2008 merupakan hari terakhir bagi murid-murid Tingkatan 5 yang menduduki kertas Peperiksaan SPM iaitu EST. Dari muka-muka murid sudah kelihatan tiada tekanan dan hati senang sahaja kerana yang mereka fikirkan ialah 'Selesai sudah Perjuangan' mereka, lepas ini mereka akan balik ke rumah masing-masing dan tamat sudah sesi 'tinggal di asrama' setelah 5 tahun tidak tinggal bersama ibubapa mereka.
- Apa yang paling ketara dirasai ialah mereka selepas ini akan menjadi lebih bebas tanpa kawalan guru-guru, kawalan dari ibubapa perlu dimupuk semula kerana sekian lama mereka berada di asrama kadang-kala susah untuk mengawasi anak-anak zaman sekarang ini. Kebebasan yang dirasai oleh murid-murid menantakan mereka kini sudah menjadi dewasa dan bukan kanak-kanak lagi. Di peringkat inilah banyak perkara-perkara berlaku, mahu yang baik atau yang tidak baik.
- Murid-murid sendiri harus bijak memilih kehidupan yang terbaik untuk diri mereka ataupun untuk keluarga mereka. Paling membimbangkan ialah mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif akibat bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.
- Pada masa menunggu keputusan SPM adalah lebih baik sekirannya mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti bekerja sambilan supaya mereka mengalami sendiri persekitaran di luar sekolah. Mereka akan berdepan dengan majikan, rakan sekerja dan pelanggan yang pelbagai macam. Dari situ lah, mereka akan merasakan kepentingan 'duit' dan banyak lagi.
- Bagi mereka yang tak perlu mencari kerja. Mungkin boleh mengisi masa cuti panjang ini dalam aktiviti menambah ilmu pengetahuan, mereka boleh mengikuti kursus, seminar dan apa-apa program untuk menambah kemahiran supaya boleh bersaing dengan orang lain pada masa akan datang.
- Akhir kata, murid-murid sekolah mungkin telah tamat persekolahan di peringkat menengah dan sedang menunggu melanjutkan ke peringkat Universiti. Mereka boleh membelajari banyak kemahiran dalam 'Universiti Masyarakat'.
Posted by Samatia at 11:27 AM 0 comments
Thursday, November 20, 2008
KERTAS KIMIA
Posted by Samatia at 10:43 AM 0 comments
Thursday, November 13, 2008
PERSIAPAN UNTUK BERCUTI !!
Posted by Samatia at 9:57 AM 0 comments
Tuesday, November 11, 2008
Hari Pertama Peperiksaan SPM
Hari ini tidak ada apa yang istimewa kepada kebanyakan orang:
c. mereka yang 'remaja' tiada yang lebih penting melayani internet dan bersukaria dengan sahabat di pusat belian.
d. mereka yang 'dewasa' tiada yang lebih penting menyiapkan kerja yang boss telah berkali-kali bertanya tentang bila boleh diutarakan kepadanya.
e. mereka yang 'tua' tiada yang lebih penting selepas makan berehat sudah 2 atau 3 jam.
Tetapi kepada mereka yang menghadapi Peperiksaan Awan SPM pada hari ini pula, usaha selama 2 tahun akan diuji oleh soalan-soalan yang disediakan oleh 'mereka' yang mengatakan masa depan murid-murid ditentukan dalam ujian tersebut.
Sudah pasti, hati berdebar-debar kepada mereka yang mengambil berat tentang hala tuju dan masa depan mereka kerana selepas ini, di antara mereka ada yang akan jadi Jurutera, Doctor, Usahawan, Peguam, Pensyarah dan banyak lagi yang berkolar putih.
Kepada mereka yang selalu lalai pula, peperiksaan ini semata-mata satu dendaan yang meminta mereka menghadapi sesuatu yang mereka tidak sukai. Tapi nasihat yang ingin disampaikan ialah, jika selama 2 tahun anda menjadi lalai, apa salah jika anda bertanda lagi 2 atau 3 minggu lagi. Pertahanan ini mungkin akan mengubah hidup anda, kesan-kesan ini hanya dapat dilihat selepas 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun akan datang.
Semoga mereka yang bersedia atau yang belum bersedia, Selamat menduduki Peperisaan SPM ini kerana kita semua akan menghadapinya.
Posted by Samatia at 9:06 AM 0 comments
Friday, November 7, 2008
HARI CGT 2008
Posted by Samatia at 8:09 AM 0 comments
Thursday, November 6, 2008
JAMUAN AKHIR TAHUN RUMAH MAGNESIUM
Pada 5 hb NOV 2008 (Rabu), 8.00 pm berlangsungnya Majlis Jamuan Akhir Tahun Rumah Magnesium yang diadakan di Dewan Makan Sekolah. Majlis tersebut disertai oleh semua ahli rumah yang terdiri daripada 134 orang murid dan 13 orang guru tersebut Pengetua dan PK HEM.
Dalam Majlis tersebut yang dikendalikan oleh murid-murid tingkatan 4 telah menyediakan banyak aktiviti yang menarik seperti Karaoke, Kotak Racun, Caburan Bertuah, dan Sesi bergambar.
Dalam aktiviti Karaoke, murid-murid dan para guru telah menunjukkan bakar masing-masing dalam nyayian dan beberapa orang guru telah mendapat tapukan oleh murid-murid, antaranya seperti En. Shafian Bin Ishak (PK HEM), En. Riduan Amirbek dan En. Hamad Karuding.
Majlis tersebut disempurnakan lagi oleh penyampaian cederahati kepada AJK Rumah Magnesium, guru-guru rumah dan Ketua rumah serta Penolong Ketua rumah bagi mengingati jasa mereka sepanjang tahun 2008.
Majlis berakhir pada 10.30 pm setelah sesi bergambar selesai dilaksanakan.
Posted by Samatia at 10:50 AM 0 comments